Blogger Templates
SELAMAT DATANG KE BLOG BUNGABAHASA :: BLOG INI MEMBERI TUMPUAN TERHADAP ASPEK-ASPEK TATABAHASA BAGI PELAJAR TINGKATAN EMPAT.....SELAMAT BELAJAR!!

Thursday 8 December 2011

LATIHAN PENGUKUHAN PERIBAHASA


1. Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat
Contoh soalan dan jawapan:
a) Encik Ali mengamanahkan edainya kepada  saudaranya semasa beliau ke luar  
    negeri tetapi kedainya itu dijual oleh saudaranya.
    (Harapkan pagar, pagar makan padi / pancing makan umpan)

b) Walaupun majlis itu telah selesai  tetapi masih kedengaran rungutan tidak puas
     hati darpada sesetengah pihak tentang pelaksanaannya.
     (Rumah sudah pahat berbunyi )

2. Mewujudkan situasi yang dapat dikaitkan dengan peribahasa
Situasi 1:
            Judi tidak pernah menjanjikan kesenangan kepada manusia. Walaupun ada sesetengah orang berpendapat sesiapa yang memenangi pertaruhan dalam perjudian dia mendapat untung segera. Namun begitu, kebanyakkan penjudi tidak mengalami nasib baik ini. Oleh sebab itu, kita dapati sukar hendak mempercayai cakap mereka tentang keuntungan yang diperoleh daripada hasil perjudian kerana cakap saja lebih tetapi hasilnya kosong. Untuk meraih kesenangan hidup lebih molek jika seseorang itu menghindari tabiat suka berjudi, sebaliknya eloklah bekerja keras dan menabung pendapatan dari semasa ke semasa.
Jawapan:
Duit terpijak
Cakap tinggi/cakap atas
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai/ sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit/ membanting tulang

3. Mewujudkan situasi yang dapat dikaitkan dengan peribahasa
Situasi 2:
         Apabila berbicara tentang keruntuhan moral golongan remaja, kita wajar…………………… dan menyalahkan pihak lain kerana kita bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menanganinya. Sesiapa yang cuba……………….. dalam hal ini akan menjadi sia-sia sahaja. Jika tidak ada anak sendiri yang terlibat tetapi tidak dapat dinafikan ada anak buah yang terlibat dalam gejala itu. Apabila hal itu dibangkitkan sudah tentu…………………… juga akhirnya.
Jawapan:
menuding jari
bersembunyi di sebalik telunjuk
kena batang hidung sendiri






4. Mewujudkan dialog yang dapat dikaitkan dengan penggunaan peribahasa
Dialog(situasi 1):
Khalid       :  Pada cuti semester nanti, apakah rancangan awak?
Liza           :  Saya bercadang hendak ke rumah kakak di Pulau Pangkor
   untuk menziarahi mereka sekeluarga sambil bercuti di sana.
Khalid       : Beruntunglah awak, tidak bungkam sahaja di rumah.
Liza           : Awak pula bagaimana?
Khalid       : Saya tidak ke mana-mana kerana hendak menolong ayah yang
 menguruskan perniagaannya.
Liza           : Lebih elok begitu, daripada awak membuang masa ke sana ke
 mari tidak tentu arah.
Khalid       : Jangan bimbanglah, saya sentiasa membantu ayah di kedainya
 kerana itulah punca rezeki kami sekeluarga.
Liza           : Baguslah kalau awak ada kesedaran menjadi anak yang dapat
           membalas jasa orang tua.
Jawapan:
Makan angin
Kutu rayau
Mata pencarian

5. Mewujudkan dialog yang dapat dikaitkan dengan penggunaan peribahasa
Dialog (situasi 2):
Solehah      : Mengapa awak membebel dari tadi hingga sekarang dan    bebelan awak itu tidak tentu buah butirnya………………….dan sukar difahami.
Rokiah       :   Tak adalah, aku Cuma menyampah dengan budak-budak kelas sebelah yang bercakap  tidak berhenti-henti dari tadi, gelagat mereka………………itu menyebabkan aku sukar hendak menyiapkan kerja rumah  yang belum kuselesaikan.
Solehah      :Engkau pun satu, siapa yang suruh buat kerja itu di sekolah, mengapa tidak siapkan sahaja di rumah?
Rokiah       :Aku tidak sempat menyiapkannya semalam kerana aku asyik menonton televisyen hingga larut malam.
Solehah      : Buatlah lagi, perangai yang tidak senonoh dengan…………..,   apabila tiba masa cikgu hendak kerja rumah baru terkial-kial.
Rokiah       : Engkau pun tak boleh diharap, jangankan nak sokong kawan, mengutuk lagi ada.

Jawapan:
Seperti baung kena ketuk/tukul
Seperti murai dicabut ekor
Membuang masa

0 comments: