Blogger Templates
SELAMAT DATANG KE BLOG BUNGABAHASA :: BLOG INI MEMBERI TUMPUAN TERHADAP ASPEK-ASPEK TATABAHASA BAGI PELAJAR TINGKATAN EMPAT.....SELAMAT BELAJAR!!

Wednesday, 7 December 2011

PERIBAHASA

PENGERTIAN PERIBAHASA

Terdapat banyak pengertian yang telah diberikan oleh sarjana-sarjana bahasa berkaitan pengertian peribahasa. Mengikut takrifan Kamus Dewan peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Peribahasa juga disebut sebagai bidalan, pepatah atau seumpamanya.
Mengikut Kamus Fajar pula , peribahasa ialah patah-patah kata , rangkai kata atau ayat yang telah sedia tersusun tetap dengan maksud tertentu. Za’ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu mentakrifkan peribahasa sebagai susunan cakap pendek atau ringkas yang telah melekat dimulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab ianya menarik didengar, penggunaan perkataan yang bijak dan mempunyai maksud yang luas. Beliau juga telah menyatakan bahawa bidalan , pepatah , perbilangan dan perumpamaan mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa. Hal ini kerana semuanya mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu percakapan bijaksana dan ringkas yang merupakan warisan dari zaman dahulu yang meniti dimulut orang-orang dulu hingga kini, kadang-kadang ianya dikenali sebagai “perkataan orang tua-tua” sahaja.

JENIS-JENIS PERIBAHASA

Simpulan Bahasa
Simpulan Bahasa
Maksud Simpulan Bahasa
1. Ada hati
Keinginan, kemahuan, hajat
2. Air muka
Wajah
3. Ambil berat
Mengambil tahu sesuatu hal
4. Angkat kaki
Beredar dari sesuatu tempat
5. Ayam tambatan
Orang harapan dalam pasukan
6. Bekas tangan
Kraftangan
7. Berat tulang
Malas
8. Beri jalan
Memberi pendapat untuk menyelesaikan masalah
9. Bermuka-muka
Berpura-pura berbuat baik
10. Buah fikiran
Pendapat
11. Buka mata
Sedar akan hal yang berlaku
12. Bulat hati
Keputusan muktamad
13. Buta hati
Lambat mempelajari sesuatu
14. Diam ubi
Orang yang sentiasa berusaha dalam senyap
15. Harga mati
Harga tetap
16. Harga pokok
Harga asal
17. Hati batu
Degil
18. Hitung buah kerayung
Membuat kerja yang tidak berfaedah
19. Isi hati
Perasaan seseorang
20. Jauh hati
Rasa tersinggung dengan perbuatan orang lain
21. Keramat hidup
Orang yang lurus
22. Langkah kanan
Bernasib baik
23. Langkah kiri
Tidak bernasib baik
24. Lipas kudung
Orang yang membuat kerja dengan cepat
25. Mandi peluh
Kerja dengan sepenuh tenaga
26. Otak cair
Cerdas dan pandai
27. Pasang telinga
Dengar dengan teliti
28. Putih mata
Kecewa kerana tidak mendapat apa yang diingini
29. Telinga lintah
Orang yang baik pendengaran
Perumpamaan
Perumpamaan
Maksud Perumpamaan
1. Bagai melukut ditepi gantang
Orang yang tidak dipedulikan
2. Bagai menatang minyak yang penuh
Memelihara anak dengan penuh kasih sayang
3. Bagai mencurah air ke daun keladi
Tidak bergua memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengar
4. Bagai tikus jatuh ke beras
Seseorang mendapat kesenangan atau kemewahan
5. Seperti anak ayam kehilangan ibu
Orang yang hilang tempat bergantungan
6. Seperti aur dengan tebing
Orang yang suka tolong-menolong
7. Seperti embun di hujung rumput
Kesetiaan yang tidak kekal
8. Seperti hujan jatuh ke pasir
Sia-sia berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi
9. Seperti ikan pulang ke lubuk
Orang merantau balik ke tempat asal
10. Seperti ketam menyuruh anaknya
berjalan betul
Menasihati orang berbuat baik tetapi diri tidak berbuat demikian
11. Seperti pahat dengan pemukul
Orang yang membuat pekerjaan apabila disuruh
12. Seperti tanduk diberkas
Sangat sukar menyatukan orang-orang yang berlainan pendapat
13. Alang-alang menyeluk pekasam, biar
sampai ke pangkal lengan
Membuat sesuatu, biarlah sampai habis
14. Belakang parang diasah lagikan tajam
Kalau belajar bersungguh-sungguh akan menjadi pandai
15. Berjagung-jagung dahulu sementara
menantikan padi masak
Membuat kerja sementara sebelum mendapat pekerjaan tetap
16. Genggam bara api, biar sampai jadi arang
Membuat sesuatu sehingga berjaya
17. Kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya
Bersusah-payah mendapat hasil yang baik
18. Lain padang lain belalang
Adat resam sesuatu tempat berbeza
Bidalan
- membuat perbandingan, teladan dan pedoman hidup.
Bidalan
Maksud Bidalan
1.Alah membeli menang memakai
Beli barang bernilai kerana mutunya tinggi
2.Diam ubi berisi, diam penggali berkarat
Orang bijak kalau diam memikirkan sesuatu tetapi orang bodoh tidak memikirkan apa-apa.
3. Hati hendak semua jadi
Jika ingin melakukan pasti boleh berjaya
4.Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Jika mahu melakukan kerja pasti akan berusaha membuatnya tetapi jika tidak mahu melakukan kerja mesti mempunyai pelbagai alasan
5.Jauh berjalan banyak pemandangan, lama
hidup banyak dirasa
Lama hidup meuaskan pengalaman dan pengetahuan
6.Nak kaya berdikit-dikit
Kalau hendak kaya harus berjimat cermat
7.Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
Melakukan perlahan-lahan, akhirnya bertambah hasilnya
Pepatah
Pepatah
Maksud Pepatah
1.Alah bisa tegal biasa
Kalau selalu melakukan pekerjaan akan menjadi kebiasaan
2.Kata itu kota
Janji mesti ditunaikan
3.Ketengah boleh, ke tepi pun boleh
Orang yang sesuai di bawa ke mana sahaja
4.Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa
Tuhan berkuasa ke atas segala hamba-Nya
5.Ikut suka luka, ikut hati mati, ikut rasa binasa
Kita tidak boleh mengikut perasaan tetapi berfikir sebelum bertindak
6.Hilang bahasa lenyap bangsa
Kalau hilang sesuatu bahasa, orang tidak akan mengenali bangsanya lagi

0 comments: