Blogger Templates
SELAMAT DATANG KE BLOG BUNGABAHASA :: BLOG INI MEMBERI TUMPUAN TERHADAP ASPEK-ASPEK TATABAHASA BAGI PELAJAR TINGKATAN EMPAT.....SELAMAT BELAJAR!!

Monday, 12 December 2011

Thursday, 8 December 2011

VIDEO PERIBAHASA





 


HAI NAMA SAYA AYAT AKTIF
 DAN AYAT PASIF
  

Ayat aktif
  • Ayat aktif ialah ayat di mana subjek dalam ayat tersebut menjadi pelaku dan objeknya menjadi penerima
  • Ayat aktif menerangkan benda atau orang melakukan sesuatu perbuatan itu
  • Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan
  • Kata kerja dalam ayat aktif mengandungi awalan me- dan ia disebut sebagai penanda ayat aktif

Ayat pasif
  • Ayat pasif ialah ayat di mana frasa nama yang menjadi subjek dalam ayat tersebut menjadi penerima sesuatu perbuatan
  • Ayat pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya
  • Ayat pasif terbentuk daripad ayat aktif transitif
  • Ayat pasif mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai unsur keterangannya
  • Ayat pasif mengandungi kata kerja yang berawalan di- dan diikuti  dengan kata sendi nama oleh  atau kata kerja tanpa awalan



ANDA BIJAK CUBALAH DULU!

http://4.bp.blogspot.com/-o51p8K_zork/TuB50Z6AMfI/AAAAAAAAABc/sR4JRfoamfQ/s1600/heartpiyo001gl5.gif

                                              
 MARI KENALI AYAT AKTIF

 Cuba kenali perkataan yang menunjukkan ayat aktif.
 Sila berikan jawapan anda di dalam ruang yang disediakan

1)      Sesuatu pekerjaan dalam bidang ini memerlukan penglibatan kepakaran yang khusus

(                                   )

2)      Pekerja data akan menggunakan data yang ada

(                                   )

3)      Negara kita telah mendahului kebanyakan negara lain dalam bidang teknologi

(                                   )

4)      Azli telah menerima sijil perkhidmatan cemerlang daripada majikannya

(                                   )

                                                             


http://4.bp.blogspot.com/-o51p8K_zork/TuB50Z6AMfI/AAAAAAAAABc/sR4JRfoamfQ/s1600/heartpiyo001gl5.gif
JOM UJI MINDA LAGI!


YANG MANA BETUL ( ⁄  )  ATAU  SALAH ( x )

http://1.bp.blogspot.com/-q4S2Zj2pM3o/TuB7fFqsV_I/AAAAAAAAABk/VHJYKFLgXe0/s1600/ke005hk2.gif

Bentuk frasa kerja pasif diri pertama


 1)     Jambangan bunga ini digubah olehku  (       )
   Jambangan bunga ini kugubah  (      )

 2)      Meja-meja ini kami susun   (      )  
          Meja-meja ini disusun oleh kami  (      )

       3)      Padang bola itu digunakan oleh kita (      )
           Padang bola itu kita gunakan (      )
         
       4)      Kebun itu diusahakan oleh saya (      )
           Kebun itu saya usahakan  (      )
                           
  http://1.bp.blogspot.com/-q4S2Zj2pM3o/TuB7fFqsV_I/AAAAAAAAABk/VHJYKFLgXe0/s1600/ke005hk2.gif  Bentuk frasa kerja pasif diri kedua


5)      Hadiah ini perlu dibungkus oleh engkau  (     )
               Hadiah ini perlu engkau bungkus  (      )

      6)      Soalan ini hendaklah anda jawab (      )
              Soalan ini hendaklah dijawab oleh anda (     )

      7)      Lukisan ini kamu hasilkan? (      )
              Lukisan ini dihasilkan oleh kamu? (      )

  http://1.bp.blogspot.com/-q4S2Zj2pM3o/TuB7fFqsV_I/AAAAAAAAABk/VHJYKFLgXe0/s1600/ke005hk2.gif  Bentuk frasa pasif diri ketiga    
         

8)      Keropok ini digoreng oleh ibu (      )
               Keropok ini ibu goreng (      )

      9)      Dinding itu dia conteng (      )
               Dinding itu diconteng olehnya (     )

      10)   Drama itu mereka persembahkan (     )
              Drama itu dipersembahkan oleh mereka (     )
              

http://4.bp.blogspot.com/-o51p8K_zork/TuB50Z6AMfI/AAAAAAAAABc/sR4JRfoamfQ/s1600/heartpiyo001gl5.gif
JANGAN MALAS BELAJAR! 


                                                   
                         
            

BENTUK AYAT

Bentuk ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah ayat tunggal
dan ayat majmuk.

i)                    Ayat Tunggal
Ayat yang mengandungi satu 1 subjek + 1 predikat.
Contoh: Dia sasterawan yang berjaya.

ii)                  Ayat Majmuk
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan
dua ayat tunggal atau lebih dan percantuman tersebut disusun
mengikut cara tertentu sehingga menghasilkan ayat baharu.
Contoh: Saya mempunyai guru yang rajin dan baik.

Dalam ayat ini, terdapat tiga ayat tunggal, iaitu:
a)      Saya mempunyai guru.
b)      Guru saya rajin.
c)      Guru saya baik.
Ayat-ayat tunggal di atas telah dicantumkan menjadi satu
menggunakan kata hubung reltif yang dan kata hubung dan.

Ayat majmuk terbahagi kepada 3, iaitu:
i)                    Ayat Majmuk Gabungan
Contoh: dan sambil tetapi dan sebagainya.

ii)                  Ayat Majmuk Pancangan
Mempunyai 3 jenis
 i) Ayat relatif
    Contoh – yang
ii) Ayat komplemen
    Contoh: bahawa dan untuk
iii)    Ayat keterangan
     Contoh: ketika, kerana, sebab, jika, 
semasa, sehingga, demi, macam, seperti, 
dengan, sewaktu, lantaran.

iv)                Ayat Majmuk Campuran
Ayat yang mengadungi lebih daripada satu jenis
ayat, iaitu ayat yang terdiri daripada ayat tunggal
dan ayat majmuk atau pelbagai jenis ayat majmuk.

LATIHAN
Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti. Anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat berikut supaya menjadi ayaT majmuk.

1.     1.  Jumlah kenderaan semakin banyak di Kuala Lumpur. Jalan raya menjadi sesak. Kenderaan bertali arus setiap kali hujan. Kenderaan menjadi sesak menjelang musim-musim perayaan. Kemalangan mudah berlaku. Para pemandu perlu berhati-hati. Mereka perlu mematuhi peraturan jalan raya.

2.      2Akhbar merupakan penyebar maklumat. Akhbar memainkan peranan penting menyebarkan maklumat. Orang ramai memerlukan maklumat setiap hari. Mereka terpaksa membaca untuk mendapatkan maklumat terkini. Maklumat terkini membolehkan para pembaca mengetahui dunia luar. Dunia luar memaparkan pelbagai peristiwa.


JENIS-JENIS AYAT DALAM BAHASA MELAYU

Jenis-Jenis Ayat 
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis ayat iaitu:
i)  Ayat Penyata – ayat yang menceritakan sesuatu keadaan atau 
ayat berita untuk menerangkan sesuatu hal. 
Contoh: Dia sampai di Kuala Lumpur semalam.

ii)  Ayat Tanya – untuk menanyakan sesuatu keadaan dan 
diakhiri dengan tanda tanya (?).
Terbahagi 2 - i) ayat tanya dengan kata tanya 
                        (diikuti partikel -kah)
           Contoh: Siapakah nama guru kamu?
          ii) ayat tanya tanpa kata tanya
           Contoh: Aina lulus dengan cemerlang?

iii)   Ayat perintah – untuk mengarahkan seseorang supaya melakukan sesuatu.
Terbahagi 3 -   i) ayat suruhan
                          Contoh: Tolong tinggalkan tempat
                                         ini segera.
                        ii) ayat permintaan
                          Contoh: Silalah masuk.
                                         iii) ayat larangan
                           Contoh: Jangan merokok di sini.

iv)  Ayat Seruan – untuk melahirkan keadaan perasaan dan mesti 
                           diakhiri dengan tanda seru (!)
Contoh: Tahniah, awak berjaya juga akhirnya!


            

BINAAN AYAT


Ayat terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu subjek dan predikat.
Subjek ialah bahagian yang diterngkan manakala predikat iailah bahagian yang menerangkan.
Contoh ayat: Ali guru sekolah.
Ali (subjek) – bahagian yang diterangkan.
guru sekolah (predikat) – bahagian yang menerangkan.

Ayat-ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat lain dinamakan ayat dasar. Dalam bahasa Melayu terdapat empat pola ayat dasar, iaitu:
            FRASA NAMA + FRASA NAMA             
                    (FN)                      (FN) 
            Contoh: Aida pelajar sekolah menengah.

            FRASA NAMA + FRASA KERJA             
                    (FN)                    (FK)
            Contoh: Ibu memasak nasi.

            FRASA NAMA + FRASA ADJEKTIF       
                     (FN)                     (FA) 
Contoh: Cikgu Salmah rajin

            FRASA NAMA + FRASA SENDI  
                        (FN)                  (FS)
Contoh: Bakar ke Kuala Lumpur


LATIHAN

Bina satu ayat bagi setiap kata dasar yang diberikan di bawah. Anda tidak boleh menambah imbuhan bagi perkataan tersebut atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.
1.   Hampas                               5. Pandang
2.   Selinap                                6. Khasiat
3.   Lemas                                 7. Tamat
4.   Rosak                                  8. Kaji

CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH

Cara Penulisan  Cakap
Ajuk kepada Cakap Pindah
Berbentuk karangan biasa


Kependekan kata seperti ‘dah , mau , pergi’ dibetulkan kepada ‘sudah, mahu , pergi’

Kata seru bertanda (!) seperti cis, amboi , aduh dan sebagainya ditukar menjadi frasa mengikut konteks ayat berkenaan.

Perkataan Bahasa Arab seperti ‘Alhamdulilah’ ditukar kepada ‘mengucap syukur’.


Unsur estetika, seperti personafikasi dan metafora hendaklah digugurkan dan digantikan dengan frasa yang sesuai dalam konteks ayat berkenaan.

Unsur-unsur slanga / dialek hendaklah dibuang dan digantikan dengan bahasa baku. Kata ganti diri‘saya’ ditukarkan kepada ‘dia’ , ‘di sini’ menjadi ‘di sana’ , ‘masa ini’ menjadi ‘masa itu’  dan ‘kami’ menjadi ‘mereka’.




Soalan Pengukuhan
Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan dengan menggunakan cakap pindah


Norhayati : Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin  : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati    : Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah,  sama-samalah kita tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin  :  Sebenarnya ibu Syikin sakit.




LATIHAN PENGUKUHAN PERIBAHASA


1. Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat
Contoh soalan dan jawapan:
a) Encik Ali mengamanahkan edainya kepada  saudaranya semasa beliau ke luar  
    negeri tetapi kedainya itu dijual oleh saudaranya.
    (Harapkan pagar, pagar makan padi / pancing makan umpan)

b) Walaupun majlis itu telah selesai  tetapi masih kedengaran rungutan tidak puas
     hati darpada sesetengah pihak tentang pelaksanaannya.
     (Rumah sudah pahat berbunyi )

2. Mewujudkan situasi yang dapat dikaitkan dengan peribahasa
Situasi 1:
            Judi tidak pernah menjanjikan kesenangan kepada manusia. Walaupun ada sesetengah orang berpendapat sesiapa yang memenangi pertaruhan dalam perjudian dia mendapat untung segera. Namun begitu, kebanyakkan penjudi tidak mengalami nasib baik ini. Oleh sebab itu, kita dapati sukar hendak mempercayai cakap mereka tentang keuntungan yang diperoleh daripada hasil perjudian kerana cakap saja lebih tetapi hasilnya kosong. Untuk meraih kesenangan hidup lebih molek jika seseorang itu menghindari tabiat suka berjudi, sebaliknya eloklah bekerja keras dan menabung pendapatan dari semasa ke semasa.
Jawapan:
Duit terpijak
Cakap tinggi/cakap atas
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai/ sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit/ membanting tulang

3. Mewujudkan situasi yang dapat dikaitkan dengan peribahasa
Situasi 2:
         Apabila berbicara tentang keruntuhan moral golongan remaja, kita wajar…………………… dan menyalahkan pihak lain kerana kita bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menanganinya. Sesiapa yang cuba……………….. dalam hal ini akan menjadi sia-sia sahaja. Jika tidak ada anak sendiri yang terlibat tetapi tidak dapat dinafikan ada anak buah yang terlibat dalam gejala itu. Apabila hal itu dibangkitkan sudah tentu…………………… juga akhirnya.
Jawapan:
menuding jari
bersembunyi di sebalik telunjuk
kena batang hidung sendiri






4. Mewujudkan dialog yang dapat dikaitkan dengan penggunaan peribahasa
Dialog(situasi 1):
Khalid       :  Pada cuti semester nanti, apakah rancangan awak?
Liza           :  Saya bercadang hendak ke rumah kakak di Pulau Pangkor
   untuk menziarahi mereka sekeluarga sambil bercuti di sana.
Khalid       : Beruntunglah awak, tidak bungkam sahaja di rumah.
Liza           : Awak pula bagaimana?
Khalid       : Saya tidak ke mana-mana kerana hendak menolong ayah yang
 menguruskan perniagaannya.
Liza           : Lebih elok begitu, daripada awak membuang masa ke sana ke
 mari tidak tentu arah.
Khalid       : Jangan bimbanglah, saya sentiasa membantu ayah di kedainya
 kerana itulah punca rezeki kami sekeluarga.
Liza           : Baguslah kalau awak ada kesedaran menjadi anak yang dapat
           membalas jasa orang tua.
Jawapan:
Makan angin
Kutu rayau
Mata pencarian

5. Mewujudkan dialog yang dapat dikaitkan dengan penggunaan peribahasa
Dialog (situasi 2):
Solehah      : Mengapa awak membebel dari tadi hingga sekarang dan    bebelan awak itu tidak tentu buah butirnya………………….dan sukar difahami.
Rokiah       :   Tak adalah, aku Cuma menyampah dengan budak-budak kelas sebelah yang bercakap  tidak berhenti-henti dari tadi, gelagat mereka………………itu menyebabkan aku sukar hendak menyiapkan kerja rumah  yang belum kuselesaikan.
Solehah      :Engkau pun satu, siapa yang suruh buat kerja itu di sekolah, mengapa tidak siapkan sahaja di rumah?
Rokiah       :Aku tidak sempat menyiapkannya semalam kerana aku asyik menonton televisyen hingga larut malam.
Solehah      : Buatlah lagi, perangai yang tidak senonoh dengan…………..,   apabila tiba masa cikgu hendak kerja rumah baru terkial-kial.
Rokiah       : Engkau pun tak boleh diharap, jangankan nak sokong kawan, mengutuk lagi ada.

Jawapan:
Seperti baung kena ketuk/tukul
Seperti murai dicabut ekor
Membuang masa

Wednesday, 7 December 2011

JENIS-JENIS IMBUHAN DALAM BAHASA MELAYU

Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu iaitu;
Imbuhan awalan yang hadir sebelum kata dasar.

a. Awalan kata nama (pe-, pem-, pen-, peng-, penge-, pel-, per-, ke-, juru-, maha-, tata-, pra-, sub-, supra-, eka-, dwi-)

b. Awalan kata kerja (me-, mem-, men-, meng-, menge-, memper-, be-, ber-, bel-,ter-, di-, diper-)

c. Awalan kata adjektif (ter-, te-, se-)
ii. Imbuhan akhiran yang hadir sesudah kata dasar.

a. Akhiran kata nama (-an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah)

b. Akhiran kata kerja (-kan, -i)
iii. Imbuhan apitan yang hadir secara mengapit kata dasar. 

a. Apitan kata nama (pe-...-an, pem-...-an, pen-...- an, peng-...-an, penge-...-an, per-...-an, pel-...- an, ke-...an)

b. Apitan kata kerja (me-...-kan, mem-...-kan, men-...-kan, meng-...-kan, menge-...-kan, ber- ...-kan, di-...-kan, mem-...-i, men-...-i, meng-...- i, di-...-i, diper-...-kan, diper-...-i, memper-...- kan, memper-...-i, ke-...-an)

c. Apitan kata adjektif (ke-...-an)

Imbuhan Sisipan yang hadir di celahan kata dasar.
a. Sisipan kata nama (-el-, -er-, )
b. Sisipan kata adjektif (-el-, -er-, -em-, -in-) 

PERIBAHASA

PENGERTIAN PERIBAHASA

Terdapat banyak pengertian yang telah diberikan oleh sarjana-sarjana bahasa berkaitan pengertian peribahasa. Mengikut takrifan Kamus Dewan peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Peribahasa juga disebut sebagai bidalan, pepatah atau seumpamanya.
Mengikut Kamus Fajar pula , peribahasa ialah patah-patah kata , rangkai kata atau ayat yang telah sedia tersusun tetap dengan maksud tertentu. Za’ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu mentakrifkan peribahasa sebagai susunan cakap pendek atau ringkas yang telah melekat dimulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab ianya menarik didengar, penggunaan perkataan yang bijak dan mempunyai maksud yang luas. Beliau juga telah menyatakan bahawa bidalan , pepatah , perbilangan dan perumpamaan mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa. Hal ini kerana semuanya mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu percakapan bijaksana dan ringkas yang merupakan warisan dari zaman dahulu yang meniti dimulut orang-orang dulu hingga kini, kadang-kadang ianya dikenali sebagai “perkataan orang tua-tua” sahaja.

JENIS-JENIS PERIBAHASA

Simpulan Bahasa
Simpulan Bahasa
Maksud Simpulan Bahasa
1. Ada hati
Keinginan, kemahuan, hajat
2. Air muka
Wajah
3. Ambil berat
Mengambil tahu sesuatu hal
4. Angkat kaki
Beredar dari sesuatu tempat
5. Ayam tambatan
Orang harapan dalam pasukan
6. Bekas tangan
Kraftangan
7. Berat tulang
Malas
8. Beri jalan
Memberi pendapat untuk menyelesaikan masalah
9. Bermuka-muka
Berpura-pura berbuat baik
10. Buah fikiran
Pendapat
11. Buka mata
Sedar akan hal yang berlaku
12. Bulat hati
Keputusan muktamad
13. Buta hati
Lambat mempelajari sesuatu
14. Diam ubi
Orang yang sentiasa berusaha dalam senyap
15. Harga mati
Harga tetap
16. Harga pokok
Harga asal
17. Hati batu
Degil
18. Hitung buah kerayung
Membuat kerja yang tidak berfaedah
19. Isi hati
Perasaan seseorang
20. Jauh hati
Rasa tersinggung dengan perbuatan orang lain
21. Keramat hidup
Orang yang lurus
22. Langkah kanan
Bernasib baik
23. Langkah kiri
Tidak bernasib baik
24. Lipas kudung
Orang yang membuat kerja dengan cepat
25. Mandi peluh
Kerja dengan sepenuh tenaga
26. Otak cair
Cerdas dan pandai
27. Pasang telinga
Dengar dengan teliti
28. Putih mata
Kecewa kerana tidak mendapat apa yang diingini
29. Telinga lintah
Orang yang baik pendengaran
Perumpamaan
Perumpamaan
Maksud Perumpamaan
1. Bagai melukut ditepi gantang
Orang yang tidak dipedulikan
2. Bagai menatang minyak yang penuh
Memelihara anak dengan penuh kasih sayang
3. Bagai mencurah air ke daun keladi
Tidak bergua memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengar
4. Bagai tikus jatuh ke beras
Seseorang mendapat kesenangan atau kemewahan
5. Seperti anak ayam kehilangan ibu
Orang yang hilang tempat bergantungan
6. Seperti aur dengan tebing
Orang yang suka tolong-menolong
7. Seperti embun di hujung rumput
Kesetiaan yang tidak kekal
8. Seperti hujan jatuh ke pasir
Sia-sia berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi
9. Seperti ikan pulang ke lubuk
Orang merantau balik ke tempat asal
10. Seperti ketam menyuruh anaknya
berjalan betul
Menasihati orang berbuat baik tetapi diri tidak berbuat demikian
11. Seperti pahat dengan pemukul
Orang yang membuat pekerjaan apabila disuruh
12. Seperti tanduk diberkas
Sangat sukar menyatukan orang-orang yang berlainan pendapat
13. Alang-alang menyeluk pekasam, biar
sampai ke pangkal lengan
Membuat sesuatu, biarlah sampai habis
14. Belakang parang diasah lagikan tajam
Kalau belajar bersungguh-sungguh akan menjadi pandai
15. Berjagung-jagung dahulu sementara
menantikan padi masak
Membuat kerja sementara sebelum mendapat pekerjaan tetap
16. Genggam bara api, biar sampai jadi arang
Membuat sesuatu sehingga berjaya
17. Kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya
Bersusah-payah mendapat hasil yang baik
18. Lain padang lain belalang
Adat resam sesuatu tempat berbeza
Bidalan
- membuat perbandingan, teladan dan pedoman hidup.
Bidalan
Maksud Bidalan
1.Alah membeli menang memakai
Beli barang bernilai kerana mutunya tinggi
2.Diam ubi berisi, diam penggali berkarat
Orang bijak kalau diam memikirkan sesuatu tetapi orang bodoh tidak memikirkan apa-apa.
3. Hati hendak semua jadi
Jika ingin melakukan pasti boleh berjaya
4.Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Jika mahu melakukan kerja pasti akan berusaha membuatnya tetapi jika tidak mahu melakukan kerja mesti mempunyai pelbagai alasan
5.Jauh berjalan banyak pemandangan, lama
hidup banyak dirasa
Lama hidup meuaskan pengalaman dan pengetahuan
6.Nak kaya berdikit-dikit
Kalau hendak kaya harus berjimat cermat
7.Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit
Melakukan perlahan-lahan, akhirnya bertambah hasilnya
Pepatah
Pepatah
Maksud Pepatah
1.Alah bisa tegal biasa
Kalau selalu melakukan pekerjaan akan menjadi kebiasaan
2.Kata itu kota
Janji mesti ditunaikan
3.Ketengah boleh, ke tepi pun boleh
Orang yang sesuai di bawa ke mana sahaja
4.Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa
Tuhan berkuasa ke atas segala hamba-Nya
5.Ikut suka luka, ikut hati mati, ikut rasa binasa
Kita tidak boleh mengikut perasaan tetapi berfikir sebelum bertindak
6.Hilang bahasa lenyap bangsa
Kalau hilang sesuatu bahasa, orang tidak akan mengenali bangsanya lagi