Monday, 12 December 2011
Thursday, 8 December 2011
HAI NAMA SAYA AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF |
Ayat aktif
- Ayat aktif ialah ayat di mana subjek dalam ayat tersebut menjadi pelaku dan objeknya menjadi penerima
- Ayat aktif menerangkan benda atau orang melakukan sesuatu perbuatan itu
- Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan
- Kata kerja dalam ayat aktif mengandungi awalan me- dan ia disebut sebagai penanda ayat aktif
Ayat pasif
- Ayat pasif ialah ayat di mana frasa nama yang menjadi subjek dalam ayat tersebut menjadi penerima sesuatu perbuatan
- Ayat pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya
- Ayat pasif terbentuk daripad ayat aktif transitif
- Ayat pasif mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai unsur keterangannya
- Ayat pasif mengandungi kata kerja yang berawalan di- dan diikuti dengan kata sendi nama oleh atau kata kerja tanpa awalan
ANDA BIJAK CUBALAH DULU!
MARI KENALI AYAT AKTIF
Cuba kenali perkataan yang menunjukkan ayat aktif.
Sila berikan jawapan anda di dalam ruang yang disediakan
1) Sesuatu pekerjaan dalam bidang ini memerlukan penglibatan kepakaran yang khusus
( )
2) Pekerja data akan menggunakan data yang ada
( )
3) Negara kita telah mendahului kebanyakan negara lain dalam bidang teknologi
( )
4) Azli telah menerima sijil perkhidmatan cemerlang daripada majikannya
( )
YANG MANA BETUL ( ⁄ ) ATAU SALAH ( x )
Bentuk frasa kerja pasif diri pertama
1) Jambangan bunga ini digubah olehku ( )
Jambangan bunga ini kugubah ( )
2) Meja-meja ini kami susun ( )
Meja-meja ini disusun oleh kami ( )
3) Padang bola itu digunakan oleh kita ( )
Padang bola itu kita gunakan ( )
4) Kebun itu diusahakan oleh saya ( )
Kebun itu saya usahakan ( )
Bentuk frasa kerja pasif diri kedua
5) Hadiah ini perlu dibungkus oleh engkau ( )
Hadiah ini perlu engkau bungkus ( )
6) Soalan ini hendaklah anda jawab ( )
Soalan ini hendaklah dijawab oleh anda ( )
7) Lukisan ini kamu hasilkan? ( )
Lukisan ini dihasilkan oleh kamu? ( )
Bentuk frasa pasif diri ketiga
8) Keropok ini digoreng oleh ibu ( )
Keropok ini ibu goreng ( )
9) Dinding itu dia conteng ( )
Dinding itu diconteng olehnya ( )
10) Drama itu mereka persembahkan ( )
Drama itu dipersembahkan oleh mereka ( )
Posted by BUNGA BAHASA at 01:33 1 comments
BENTUK AYAT
Bentuk ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah ayat tunggal
dan ayat majmuk.
i) Ayat Tunggal
Ayat yang mengandungi satu 1 subjek + 1 predikat.
Contoh: Dia sasterawan yang berjaya.
ii) Ayat Majmuk
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan
dua ayat tunggal atau lebih dan percantuman tersebut disusun
mengikut cara tertentu sehingga menghasilkan ayat baharu.
Contoh: Saya mempunyai guru yang rajin dan baik.
Dalam ayat ini, terdapat tiga ayat tunggal, iaitu:
a) Saya mempunyai guru.
b) Guru saya rajin.
c) Guru saya baik.
Ayat-ayat tunggal di atas telah dicantumkan menjadi satu
menggunakan kata hubung reltif yang dan kata hubung dan.
Ayat majmuk terbahagi kepada 3, iaitu:
i) Ayat Majmuk Gabungan
Contoh: dan sambil tetapi dan sebagainya.
ii) Ayat Majmuk Pancangan
Mempunyai 3 jenis
i) Ayat relatif
Contoh – yang
ii) Ayat komplemen
Contoh: bahawa dan untuk
iii) Ayat keterangan
Contoh: ketika, kerana, sebab, jika,
semasa, sehingga, demi, macam, seperti,
dengan, sewaktu, lantaran.
semasa, sehingga, demi, macam, seperti,
dengan, sewaktu, lantaran.
iv) Ayat Majmuk Campuran
Ayat yang mengadungi lebih daripada satu jenis
ayat, iaitu ayat yang terdiri daripada ayat tunggal
dan ayat majmuk atau pelbagai jenis ayat majmuk.
LATIHAN
Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti. Anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat berikut supaya menjadi ayaT majmuk.
1. 1. Jumlah kenderaan semakin banyak di Kuala Lumpur. Jalan raya menjadi sesak. Kenderaan bertali arus setiap kali hujan. Kenderaan menjadi sesak menjelang musim-musim perayaan. Kemalangan mudah berlaku. Para pemandu perlu berhati-hati. Mereka perlu mematuhi peraturan jalan raya.
2. 2. Akhbar merupakan penyebar maklumat. Akhbar memainkan peranan penting menyebarkan maklumat. Orang ramai memerlukan maklumat setiap hari. Mereka terpaksa membaca untuk mendapatkan maklumat terkini. Maklumat terkini membolehkan para pembaca mengetahui dunia luar. Dunia luar memaparkan pelbagai peristiwa.
Posted by BUNGA BAHASA at 01:29 1 comments
JENIS-JENIS AYAT DALAM BAHASA MELAYU
Jenis-Jenis Ayat
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis ayat iaitu:
i) Ayat Penyata – ayat yang menceritakan sesuatu keadaan atau
ayat berita untuk menerangkan sesuatu hal.
Contoh: Dia sampai di Kuala Lumpur semalam.
ii) Ayat Tanya – untuk menanyakan sesuatu keadaan dan
diakhiri dengan tanda tanya (?).
Terbahagi 2 - i) ayat tanya dengan kata tanya
(diikuti partikel -kah)
Contoh: Siapakah nama guru kamu?
ii) ayat tanya tanpa kata tanya
Contoh: Aina lulus dengan cemerlang?
iii) Ayat perintah – untuk mengarahkan seseorang supaya melakukan sesuatu.
Terbahagi 3 - i) ayat suruhan
Contoh: Tolong tinggalkan tempat
ini segera.
ii) ayat permintaan
Contoh: Silalah masuk.
iii) ayat larangan
Contoh: Jangan merokok di sini.
iv) Ayat Seruan – untuk melahirkan keadaan perasaan dan mesti
diakhiri dengan tanda seru (!)
Contoh: Tahniah, awak berjaya juga akhirnya!
Posted by BUNGA BAHASA at 00:49 0 comments
BINAAN AYAT
Ayat terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu subjek dan predikat.
Subjek ialah bahagian yang diterngkan manakala predikat iailah bahagian yang menerangkan.
Contoh ayat: Ali guru sekolah.
Ali (subjek) – bahagian yang diterangkan.
guru sekolah (predikat) – bahagian yang menerangkan.
Ayat-ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan ayat lain dinamakan ayat dasar. Dalam bahasa Melayu terdapat empat pola ayat dasar, iaitu:
FRASA NAMA + FRASA NAMA
(FN) (FN)
Contoh: Aida pelajar sekolah menengah.
FRASA NAMA + FRASA KERJA
(FN) (FK)
Contoh: Ibu memasak nasi.
FRASA NAMA + FRASA ADJEKTIF
(FN) (FA)
Contoh: Cikgu Salmah rajin
FRASA NAMA + FRASA SENDI
(FN) (FS)
Contoh: Bakar ke Kuala Lumpur
LATIHAN
Bina satu ayat bagi setiap kata dasar yang diberikan di bawah. Anda tidak boleh menambah imbuhan bagi perkataan tersebut atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa.
1. Hampas 5. Pandang
2. Selinap 6. Khasiat
3. Lemas 7. Tamat
4. Rosak 8. Kaji
Posted by BUNGA BAHASA at 00:13 0 comments
CAKAP AJUK KEPADA CAKAP PINDAH
Cara Penulisan Cakap
Ajuk kepada Cakap Pindah
Berbentuk karangan biasa
Kependekan kata seperti ‘dah , mau , pergi’ dibetulkan kepada ‘sudah, mahu , pergi’
Kata seru bertanda (!) seperti cis, amboi , aduh dan sebagainya ditukar menjadi frasa mengikut konteks ayat berkenaan.
Perkataan Bahasa Arab seperti ‘Alhamdulilah’ ditukar kepada ‘mengucap syukur’.
Unsur estetika, seperti personafikasi dan metafora hendaklah digugurkan dan digantikan dengan frasa yang sesuai dalam konteks ayat berkenaan.
Unsur estetika, seperti personafikasi dan metafora hendaklah digugurkan dan digantikan dengan frasa yang sesuai dalam konteks ayat berkenaan.
Unsur-unsur slanga / dialek hendaklah dibuang dan digantikan dengan bahasa baku. Kata ganti diri‘saya’ ditukarkan kepada ‘dia’ , ‘di sini’ menjadi ‘di sana’ , ‘masa ini’ menjadi ‘masa itu’ dan ‘kami’ menjadi ‘mereka’.
Soalan Pengukuhan
Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan dengan menggunakan cakap pindah
Norhayati : Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam?
Norasyikin : Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah.
Norhayati : Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan?
Norsyikin : Sebenarnya ibu Syikin sakit.
Norsyikin : Sebenarnya ibu Syikin sakit.
Posted by BUNGA BAHASA at 00:12 0 comments
LATIHAN PENGUKUHAN PERIBAHASA
1. Menyatakan peribahasa berdasarkan ayat
Contoh soalan dan jawapan:
a) Encik Ali mengamanahkan edainya kepada saudaranya semasa beliau ke luar
negeri tetapi kedainya itu dijual oleh saudaranya.
(Harapkan pagar, pagar makan padi / pancing makan umpan)
b) Walaupun majlis itu telah selesai tetapi masih kedengaran rungutan tidak puas
hati darpada sesetengah pihak tentang pelaksanaannya.
(Rumah sudah pahat berbunyi )
2. Mewujudkan situasi yang dapat dikaitkan dengan peribahasa
Situasi 1:
Judi tidak pernah menjanjikan kesenangan kepada manusia. Walaupun ada sesetengah orang berpendapat sesiapa yang memenangi pertaruhan dalam perjudian dia mendapat untung segera. Namun begitu, kebanyakkan penjudi tidak mengalami nasib baik ini. Oleh sebab itu, kita dapati sukar hendak mempercayai cakap mereka tentang keuntungan yang diperoleh daripada hasil perjudian kerana cakap saja lebih tetapi hasilnya kosong. Untuk meraih kesenangan hidup lebih molek jika seseorang itu menghindari tabiat suka berjudi, sebaliknya eloklah bekerja keras dan menabung pendapatan dari semasa ke semasa.
Jawapan:
Duit terpijak
Cakap tinggi/cakap atas
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai/ sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit/ membanting tulang
3. Mewujudkan situasi yang dapat dikaitkan dengan peribahasa
Situasi 2:
Apabila berbicara tentang keruntuhan moral golongan remaja, kita wajar…………………… dan menyalahkan pihak lain kerana kita bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menanganinya. Sesiapa yang cuba……………….. dalam hal ini akan menjadi sia-sia sahaja. Jika tidak ada anak sendiri yang terlibat tetapi tidak dapat dinafikan ada anak buah yang terlibat dalam gejala itu. Apabila hal itu dibangkitkan sudah tentu…………………… juga akhirnya.
Jawapan:
menuding jari
bersembunyi di sebalik telunjuk
kena batang hidung sendiri
4. Mewujudkan dialog yang dapat dikaitkan dengan penggunaan peribahasa
Dialog(situasi 1):
Khalid : Pada cuti semester nanti, apakah rancangan awak?
Liza : Saya bercadang hendak ke rumah kakak di Pulau Pangkor
untuk menziarahi mereka sekeluarga sambil bercuti di sana.
Khalid : Beruntunglah awak, tidak bungkam sahaja di rumah.
Liza : Awak pula bagaimana?
Khalid : Saya tidak ke mana-mana kerana hendak menolong ayah yang
menguruskan perniagaannya.
Liza : Lebih elok begitu, daripada awak membuang masa ke sana ke
mari tidak tentu arah.
Khalid : Jangan bimbanglah, saya sentiasa membantu ayah di kedainya
kerana itulah punca rezeki kami sekeluarga.
Liza : Baguslah kalau awak ada kesedaran menjadi anak yang dapat
membalas jasa orang tua.
Jawapan:
Makan angin
Kutu rayau
Mata pencarian
5. Mewujudkan dialog yang dapat dikaitkan dengan penggunaan peribahasa
Dialog (situasi 2):
Solehah : Mengapa awak membebel dari tadi hingga sekarang dan bebelan awak itu tidak tentu buah butirnya………………….dan sukar difahami.
Rokiah : Tak adalah, aku Cuma menyampah dengan budak-budak kelas sebelah yang bercakap tidak berhenti-henti dari tadi, gelagat mereka………………itu menyebabkan aku sukar hendak menyiapkan kerja rumah yang belum kuselesaikan.
Solehah :Engkau pun satu, siapa yang suruh buat kerja itu di sekolah, mengapa tidak siapkan sahaja di rumah?
Rokiah :Aku tidak sempat menyiapkannya semalam kerana aku asyik menonton televisyen hingga larut malam.
Solehah : Buatlah lagi, perangai yang tidak senonoh dengan………….., apabila tiba masa cikgu hendak kerja rumah baru terkial-kial.
Rokiah : Engkau pun tak boleh diharap, jangankan nak sokong kawan, mengutuk lagi ada.
Jawapan:
Seperti baung kena ketuk/tukul
Seperti murai dicabut ekor
Membuang masa
Posted by BUNGA BAHASA at 00:00 0 comments
Wednesday, 7 December 2011
JENIS-JENIS IMBUHAN DALAM BAHASA MELAYU
Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu iaitu;
Imbuhan awalan yang hadir sebelum kata dasar.
a. Awalan kata nama (pe-, pem-, pen-, peng-, penge-, pel-, per-, ke-, juru-, maha-, tata-, pra-, sub-, supra-, eka-, dwi-)
b. Awalan kata kerja (me-, mem-, men-, meng-, menge-, memper-, be-, ber-, bel-,ter-, di-, diper-)
c. Awalan kata adjektif (ter-, te-, se-)
ii. Imbuhan akhiran yang hadir sesudah kata dasar.
a. Akhiran kata nama (-an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah)
b. Akhiran kata kerja (-kan, -i)
iii. Imbuhan apitan yang hadir secara mengapit kata dasar.
Imbuhan awalan yang hadir sebelum kata dasar.
a. Awalan kata nama (pe-, pem-, pen-, peng-, penge-, pel-, per-, ke-, juru-, maha-, tata-, pra-, sub-, supra-, eka-, dwi-)
b. Awalan kata kerja (me-, mem-, men-, meng-, menge-, memper-, be-, ber-, bel-,ter-, di-, diper-)
c. Awalan kata adjektif (ter-, te-, se-)
ii. Imbuhan akhiran yang hadir sesudah kata dasar.
a. Akhiran kata nama (-an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah)
b. Akhiran kata kerja (-kan, -i)
iii. Imbuhan apitan yang hadir secara mengapit kata dasar.
a. Apitan kata nama (pe-...-an, pem-...-an, pen-...- an, peng-...-an, penge-...-an, per-...-an, pel-...- an, ke-...an)
b. Apitan kata kerja (me-...-kan, mem-...-kan, men-...-kan, meng-...-kan, menge-...-kan, ber- ...-kan, di-...-kan, mem-...-i, men-...-i, meng-...- i, di-...-i, diper-...-kan, diper-...-i, memper-...- kan, memper-...-i, ke-...-an)
c. Apitan kata adjektif (ke-...-an)
Imbuhan Sisipan yang hadir di celahan kata dasar.
a. Sisipan kata nama (-el-, -er-, )
b. Sisipan kata adjektif (-el-, -er-, -em-, -in-)
Posted by BUNGA BAHASA at 23:54 0 comments
PERIBAHASA
PENGERTIAN PERIBAHASA
Terdapat banyak pengertian yang telah diberikan oleh sarjana-sarjana bahasa berkaitan pengertian peribahasa. Mengikut takrifan Kamus Dewan peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Peribahasa juga disebut sebagai bidalan, pepatah atau seumpamanya.
Mengikut Kamus Fajar pula , peribahasa ialah patah-patah kata , rangkai kata atau ayat yang telah sedia tersusun tetap dengan maksud tertentu. Za’ba dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu mentakrifkan peribahasa sebagai susunan cakap pendek atau ringkas yang telah melekat dimulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab ianya menarik didengar, penggunaan perkataan yang bijak dan mempunyai maksud yang luas. Beliau juga telah menyatakan bahawa bidalan , pepatah , perbilangan dan perumpamaan mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa. Hal ini kerana semuanya mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu percakapan bijaksana dan ringkas yang merupakan warisan dari zaman dahulu yang meniti dimulut orang-orang dulu hingga kini, kadang-kadang ianya dikenali sebagai “perkataan orang tua-tua” sahaja.
JENIS-JENIS PERIBAHASA
Simpulan Bahasa
Simpulan Bahasa | Maksud Simpulan Bahasa |
1. Ada hati | Keinginan, kemahuan, hajat |
2. Air muka | Wajah |
3. Ambil berat | Mengambil tahu sesuatu hal |
4. Angkat kaki | Beredar dari sesuatu tempat |
5. Ayam tambatan | Orang harapan dalam pasukan |
6. Bekas tangan | Kraftangan |
7. Berat tulang | Malas |
8. Beri jalan | Memberi pendapat untuk menyelesaikan masalah |
9. Bermuka-muka | Berpura-pura berbuat baik |
10. Buah fikiran | Pendapat |
11. Buka mata | Sedar akan hal yang berlaku |
12. Bulat hati | Keputusan muktamad |
13. Buta hati | Lambat mempelajari sesuatu |
14. Diam ubi | Orang yang sentiasa berusaha dalam senyap |
15. Harga mati | Harga tetap |
16. Harga pokok | Harga asal |
17. Hati batu | Degil |
18. Hitung buah kerayung | Membuat kerja yang tidak berfaedah |
19. Isi hati | Perasaan seseorang |
20. Jauh hati | Rasa tersinggung dengan perbuatan orang lain |
21. Keramat hidup | Orang yang lurus |
22. Langkah kanan | Bernasib baik |
23. Langkah kiri | Tidak bernasib baik |
24. Lipas kudung | Orang yang membuat kerja dengan cepat |
25. Mandi peluh | Kerja dengan sepenuh tenaga |
26. Otak cair | Cerdas dan pandai |
27. Pasang telinga | Dengar dengan teliti |
28. Putih mata | Kecewa kerana tidak mendapat apa yang diingini |
29. Telinga lintah | Orang yang baik pendengaran |
Perumpamaan
Perumpamaan | Maksud Perumpamaan |
1. Bagai melukut ditepi gantang | Orang yang tidak dipedulikan |
2. Bagai menatang minyak yang penuh | Memelihara anak dengan penuh kasih sayang |
3. Bagai mencurah air ke daun keladi | Tidak bergua memberi nasihat kepada orang yang tidak mahu mendengar |
4. Bagai tikus jatuh ke beras | Seseorang mendapat kesenangan atau kemewahan |
5. Seperti anak ayam kehilangan ibu | Orang yang hilang tempat bergantungan |
6. Seperti aur dengan tebing | Orang yang suka tolong-menolong |
7. Seperti embun di hujung rumput | Kesetiaan yang tidak kekal |
8. Seperti hujan jatuh ke pasir | Sia-sia berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi |
9. Seperti ikan pulang ke lubuk | Orang merantau balik ke tempat asal |
10. Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul | Menasihati orang berbuat baik tetapi diri tidak berbuat demikian |
11. Seperti pahat dengan pemukul | Orang yang membuat pekerjaan apabila disuruh |
12. Seperti tanduk diberkas | Sangat sukar menyatukan orang-orang yang berlainan pendapat |
13. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan | Membuat sesuatu, biarlah sampai habis |
14. Belakang parang diasah lagikan tajam | Kalau belajar bersungguh-sungguh akan menjadi pandai |
15. Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak | Membuat kerja sementara sebelum mendapat pekerjaan tetap |
16. Genggam bara api, biar sampai jadi arang | Membuat sesuatu sehingga berjaya |
17. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya | Bersusah-payah mendapat hasil yang baik |
18. Lain padang lain belalang | Adat resam sesuatu tempat berbeza |
- membuat perbandingan, teladan dan pedoman hidup.
Bidalan | Maksud Bidalan |
1.Alah membeli menang memakai | Beli barang bernilai kerana mutunya tinggi |
2.Diam ubi berisi, diam penggali berkarat | Orang bijak kalau diam memikirkan sesuatu tetapi orang bodoh tidak memikirkan apa-apa. |
3. Hati hendak semua jadi | Jika ingin melakukan pasti boleh berjaya |
4.Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih | Jika mahu melakukan kerja pasti akan berusaha membuatnya tetapi jika tidak mahu melakukan kerja mesti mempunyai pelbagai alasan |
5.Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa | Lama hidup meuaskan pengalaman dan pengetahuan |
6.Nak kaya berdikit-dikit | Kalau hendak kaya harus berjimat cermat |
7.Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit | Melakukan perlahan-lahan, akhirnya bertambah hasilnya |
Pepatah
Pepatah | Maksud Pepatah |
1.Alah bisa tegal biasa | Kalau selalu melakukan pekerjaan akan menjadi kebiasaan |
2.Kata itu kota | Janji mesti ditunaikan |
3.Ketengah boleh, ke tepi pun boleh | Orang yang sesuai di bawa ke mana sahaja |
4.Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa | Tuhan berkuasa ke atas segala hamba-Nya |
5.Ikut suka luka, ikut hati mati, ikut rasa binasa | Kita tidak boleh mengikut perasaan tetapi berfikir sebelum bertindak |
6.Hilang bahasa lenyap bangsa | Kalau hilang sesuatu bahasa, orang tidak akan mengenali bangsanya lagi |
Posted by BUNGA BAHASA at 23:37 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)